NIAT asal mahu merakam rumah pusaka dan pokok durian, namun ‘benda’ lain pula yang menjelma.
Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, kelihatan dua ‘entiti’ putih yang muncul secara tiba-tiba di bahagian tingkap dan pintu rumah pusaka berkenaan.
Situasi tersebut nyata membuatkan bulu roma mereka yang menontonnya meremang, lebih-lebih lagi disertakan lagu Gurindam 12 sebagai latar belakang.
ARTIKEL BERKAITAN: Asyik berbalas pantun tiba-tiba gambar di air terjun rosak, rupa-rupanya ramai yang ‘teman’ mandi – “Ada yang demam, bau setanggi pukul 4 pagi”
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga bertahan 20 tahun demi rumah pusaka, jadi mangsa individu talam dua muka… sanggup hantar hantu raya angkara dengki – “Tuan dia tak suka kami tinggal di rumah tu”
Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 106,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen netizen yang rata-rata mengakui turut ternampak kelibat entiti berkenaan.
Berkongsi cerita dengan mStar, Najwa Shammimie Mohd Zain berkata video yang dimuat naik itu dirakam oleh salah seorang ibu saudaranya di kampung mereka di Tanah Merah, Kelantan.
“Makcik saya saja je rakam masa dia ke kawasan tersebut… niatnya nak…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/09/02/dua-tahun-tak-balik-kampung-jenguk-rumah-pusaka-seram-tengok-video-terbaharu-dikirim-ibu-saudara-jiran-cepat-buat-kerja-pergi-siasat-dulu