AKIBAT menolak cinta seorang lelaki, kehidupan Shiela (bukan nama sebenar) musnah apabila terkena sihir katak puru yang membuatkan seluruh tubuh termasuk wajahnya bertukar menggerutu dan mengerikan.
Shiela menjadi kegilaan lelaki di kampungnya yang tertawan dengan kejelitaannya sehinggakan ramai menagih cinta meskipun wanita itu tidak pernah terfikir untuk mencari pasangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah hujung jalan ada ‘penunggu’, 4 bulan penyewa hidup dengan jin… Akhirnya pemuda ini mengalah, entiti tunjukkan diri!
Matlamatnya hanya satu ketika ini, ingin menyambung pelajaran dan berharap dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarganya yang susah.
Adik-beradik Shiela juga ramai dan perlukan perhatiannya – membuatkan dia langsung tidak berfikir tentang perkahwinan.
Sudah banyak pinangan yang datang ditolak begitu sahaja oleh keluarga Shiela, bukan tidak mahu tetapi sedar sekiranya dia berkahwin, dia tidak dapat membantu keluarga.
Akibat sihir, Shiela enggan keluar rumah.
Dua kali tolak pinangan
Hisham (bukan nama sebenar) antara jejaka yang cukup ‘gilakan’ Shiela malah sudah dua kali pinangannya ditolak Shiela sebelum…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/05/12/dua-kali-tolak-pinangan-rakan-sekampung-wanita-derita-sihir-katak-puru-tiada-lagi-wajah-jelita-seluruh-badan-menggerutu