Dua beradik ‘ditegur’ makhluk ghaib, hiasan ayat Kursi

SELEPAS menjawab panggilan telefon, Athirah terus ketawa gembira sambil berlari-lari anak mencari adiknya, Laila.

Impian untuk tinggal di rumah sendiri akhirnya berjaya ditunaikan selepas pinjaman perumahan yang dibuat tempoh hari sudah diluluskan.

Dalam tempoh seminggu, segala barangan siap dikemas dan sedia dipindahkan ke rumah teres dua tingkat yang memiliki empat bilik tidur dan dua bilik air.

Hari pertama menjejakkan kaki di halaman rumah yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan itu, Athirah dan Laila disapa oleh seorang pakcik tua yang berjubah putih.

“Assalammualaikum… kamu berdua tinggal sini ke?” aju pakcik tersebut ringkas.

Rumah teres merupakan pilihan anak muda masa kini. -Gambar hiasan The Star

Pelik dengan kehadiran pakcik tersebut, Athirah hanya membalas dengan anggukkan kepala dan terus membawa barang masuk ke dalam rumah.

Selepas selesai menyusun atur perabot serta perhiasan rumah, dia dan Laila keluar untuk mengisi perut kosong.

Dengan senyuman gembira, Athirah memandang sekali lagi ke arah rumahnya sebelum masuk ke dalam kereta yang diletakkan di luar pagar.

Namun, dia dikejutkan dengan kelibat hitam daripada bilik di ruangan atas.

Enggan…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/12/21/dua-beradik-ditegur-makhluk-ghaib-hiasan-ayat-kursi-jatuh-ke-lantai-pakcik-jubah-putih-nasihat-jangan-gantung-semula

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ustaz tak cakap banyak, meluru ke arah pokok besar atas

Next Post

Lampu suluh terlepas daripada tangan ketika ‘live’ buru

Related Posts