DERINGAN telefon mengejutkan Dr Kamarul Ariffin yang baharu sahaja mahu melelapkan mata.
Namun mengenangkan dia sedang bertugas dalam mode on call pada malam itu, panggilan telefon akhirnya disambut juga.
“Hello, boleh bercakap dengan Doktor Kamarul?” soal pemanggil di hujung talian.
“Ya, saya bercakap,” jawab doktor berkenaan.
“Saya dari bilik keselamatan. Doktor on call kan malam ni?” soal pemanggil tersebut lagi.
“Ya saya yang on call. Ada apa ya, bilik keselamatan telefon?” soal Dr Kamarul semula.
Satu perkara sahaja terlintas di kepalanya ketika itu, iaitu memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku kepada pesakit.
“Tadi doktor orang terakhir dalam pejabat di Jabatan Rehab ke?” soalnya lagi.
“A’ah. Saya orang terakhir. Kenapa? Saya lupa kunci pejabat ke?” Masih berbalas-balas pertanyaan.
Seorang wanita membuat panggilan mengatakan dirinya terkunci di dalam sebuah bilik pejabat di hospital. -Gambar hiasan
Namun sangkaan awal Dr Kamarul meleset. Menurut pengawal bilik keselamatan, mereka menerima panggilan telefon daripada seorang wanita memaklumkan dia terkunci di dalam Jabatan Rehab.
“Hah? Ye ke? Saya orang terakhir tadi. Saya ada check juga pejabat sebelum saya…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/09/07/doktor-on-call-tak-sedap-hati-gagang-telefon-terjuntai-bawah-meja-paling-tak-masuk-akal-dengar-suara-wanita-mengilai-dalam-talian