TERHUYUNG-hayang Rozita berjalan sambil cuba mengumpul semangat untuk mengingati apa yang sedang berlaku kepada dirinya.
Perkara terakhir yang Rozita ingat adalah dia melompat keluar daripada sebuah kereta selepas tiba-tiba teringat kepada ibu dan adik-beradiknya di kampung.
ARTIKEL BERKAITAN: Jelmaan menyerupai teman sebilik muncul di sebalik ampaian baju… Blok asrama siswa tiba-tiba sunyi sepi, tubuh rasa meremang!
Pandangannya kabur malah kepalanya berasa sakit apabila telinganya terdengar bunyi kenderaan dan motosikal di jalan raya. Malah dia langsung tidak ingat kereta siapa yang dinaikinya sebelum itu.
“Saya minta tolong daripada orang yang sedang makan di kedai dengan meminjam telefon untuk menghubungi ibu saya. Nasib baik saya masih ingat nombornya.
“Saya langsung tidak ingat apa telah berlaku kepada saya, rasa macam orang gila yang hilang ingatan,” katanya.
Rupa-rupanya, sudah sebulan Rozita menghilangkan diri sehingga majikannya turut membuat laporan polis dan menghubungi keluarganya di kampung.
Rozita langsung tidak mengingati apa yang telah berlaku kepadanya.
Sejak itu juga, ibu dan dua adiknya menumpang di bilik sewanya yang disediakan majikan sementara…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/06/02/demi-nafsu-wanita-ini-jadi-mangsa-ilmu-guna-guna-sebulan-hilang-rupanya-sihir-asap-rokok-jadi-punca