KEBIASAANNYA setiap kali mendapat tempahan untuk melukis inai pengantin, Naziera Afandi pasti akan meminta suami menemaninya terutama jika temu janji pada sebelah malam.
Bukan apa, selain faktor keselamatan, Naziera lebih selesa ditemani suaminya apatah lagi sekiranya lokasi rumah pengantin jauh dari kediamannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nampak menggiurkan di mata orang, kehadiran Mbah Jenab ubah sikap suami dan anak… bau cempaka putih, kemenyan akhirnya bongkar rahsia
Hari itu, Naziera mendapat tempahan melukis inai untuk majlis berinai di sebuah kampung di Perak.
Sesudah solat Maghrib, Naziera dan suami berangkat ke rumah pengantin berpandukan lokasi yang diberikan tanpa mengetahui ia bakal menjadi perjalanan menakutkan.
Jalan dalam kebun kelapa sawit gelap dan menyeramkan.
“Pada awalnya, okay sahaja sampailah kami masuk ke sebuah simpang di hujung jalan. Simpang tersebut terletak betul-betul di dalam seuah kebun kelapa sawit.
“Fikir saya, waze bawa ikut jalan pintas, apatah lagi jalan masuk ke kebun kelapa sawit itu jalan tar, jadi suami pun ikut sahaja laluan itu.
“Tapi jalang memang sunyi dan langsung tiada sebuah kenderaan pun yang lalu, hanya kami sahaja. Kiri dan…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/02/17/dalam-gelap-waze-bawa-pelukis-inai-ke-jalan-kebun-kelapa-sawit-tindakan-berpatah-balik-bawa-padah-banyak-mata-perhati-dari-celah-pokok