Cinta cikgu janda tak dibalas, ‘effort’ beri bekal

“HAI Cikgu Azwan, dah lama sampai?” Tegur Cikgu Diana yang baharu melabuhkan punggungnya di kerusi.

Azwan hanya senyum memandang rakan sejawatannya sambil mengangguk ketika disapa guru wanita bertahi lalat besar di pipi kiri itu.

Ketika mahu meminta diri untuk ke kantin, tiba-tiba Cikgu Diana menyerahkan sebekas makanan dan meletakkan di atas meja Azwan.

“Apa ni Kak Diana? Buat susah-susah je,” kata Azwan sambil matanya memandang sekeliling bilik guru, sedikit bimbang jika ada mata lain yang memandang.

Bukan apa, selain kurang senang ‘dikenen’ dengan guru wanita berusia 42 tahun itu, Azwan bimbang jika ada yang mula cakap-cakap belakang melihat mereka berdua.

Bukan sekali dua Azwan menerima makanan daripada Diana, tetapi sudah kerap guru wanita berstatus janda itu memberi makanan hasil air tangannya, sampaikan dia merasa segan.

Azwan akui, Diana memang handal memasak.

Tidak pernah makanan yang diberikan wanita itu tinggal bersisa. Pasti licin sebekas lebih-lebih lagi jika dibekalkan kari ayam.

“Ehem… seronoknya hari ni dapat bekal lagi. Lauk apa pula kali ni?” Usik Halim, ketika Azwan membuka penutup bekas.

Azwan hanya tersenyum dan jari telunjuknya pantas diletakkan…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2024/01/18/cinta-cikgu-janda-tak-dibalas-effort-beri-bekal-makanan-hanya-sia-sia-guru-lelaki-akhirnya-terseksa-sakit-misteri

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ada sebab toyol tak curi duit di mesin ATM bank, hanya

Next Post

Pemuda menggigil pakcik ditemui di wad ramal tarikh, jam

Related Posts