PELAWAAN rakan baik untuk mengikut pulang ke kampung neneknya disambut gembira oleh Athirah memandangkan sudah lama dia tidak merasai suasana dan keindahan kampung.
Tapi entah kenapa dalam perjalanan ke Perlis, hati Athirah yang pada awalnya teruja tiba-tiba bertukar resah namun dia mendiamkan diri kerana tidak mahu terbawa-bawa dengan perasaannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit menjerit ada mayat dalam bilik, jururawat terkejut makhluk jelmaan bekas pesakit sejak 11 tahun lalu
Setibanya ke destinasi, Athirah teruja dengan keindahan kampung yang menghijau dan tenang namun perasaan tidak sedap hati kembali menerjah sejurus melihat kawasan rumah nenek Salwa, rakannya itu.
Mana tidaknya, kediaman usang yang diperbuat daripada papan itu terletak betul-betul di hadapan ladang kelapa sawit selain jauh daripada jiran tetangga.
“Rumah jiran memang jauh… kawasannya cukup sunyi, perasaan tenang yang saya harapkan bertukar menjadi seram. Apabila waktu malam, sangat gelap dan sunyi. Lampu jalan pun tidak berfungsi membuatkan suasana agak seram,” katanya membuka bicara.
Athirah tidak menyangka kunjungan ke kampung halaman sahabatnya bertukar mimpi ngeri.
Loceng kaki wanita tua pukul 2…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/03/25/bunyi-loceng-rantai-kaki-dan-kelibat-nenek-muncul-2-pagi-kerana-harta-pusaka-dia-datang-mengganggu