BARU dua hari masuk ke rumah sewa, pasangan suami isteri ini mengalami gangguan, seolah-olah kehadiran mereka sama sekali tidak dialu-alukan.
Menurut si isteri yang enggan mendedahkan identitinya, mereka berpindah ke sebuah rumah sewa yang terletak di Petaling Jaya, Selangor atas tuntutan kerja suaminya.
Bukan sahaja kadar sewa berpatutan, lokasi rumah sewa tersebut yang agak strategik kerana terletak berhampiran dengan kemudahan seperti pasar raya dan klinik juga sudah cukup membuatkan wanita ini gembira.
Pada hari yang dinantikan, dia dan suami berpindah masuk ke rumah tersebut.
Wanita tersebut sudah berasa tidak sedap hati sebaik sahaja tiba di rumah sewa tersebut. Gambar hiasan.
Namun apa yang mengejutkan, ketibaan mereka ‘disambut’ oleh sesuatu yang agak aneh yang terdapat dalam salah sebuah bilik tidur di rumah tersebut.
“Aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kat dalam bilik tidur aku. Siap ada dua, tiga helai rambut panjang lekat dekat kain tu.
“Dalam hati aku terdetik, ‘kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dalam bilik ni ke?’. Aku gelak kecil dengan diri aku sendiri. Aku tanpa banyak soal, terus campak kain tu dalam tong sampah luar rumah,”…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/08/04/buang-kain-putih-lusuh-rupanya-baju-pontianak-mengilai-penghuni-call-ustaz-minta-tolong-dari-rumah-sewa-puaka