MEREKA yang pernah menetap di asrama paling tidak, pasti pernah terdengar pelbagai kisah seram turun temurun di tempat penginapan masing-masing. Ada di antaranya benar dan ada pula sekadar kisah dongeng bagi menakut-nakutkan pelajar baharu.
Begitu juga dengan Aman, sejak bertukar ke sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air, pelbagai kisah sampai di telinganya namun tidak pernah mengambil serius akan perkara berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bunyi loceng rantai kaki dan kelibat nenek muncul 2 pagi… Kerana harta pusaka, dia datang mengganggu
Antara kisah popular yang disampaikan pelajar senior ialah mengenai bangunan asrama lama sekolah berkenaan yang menyimpan seribu satu kisah pelik dan seram sehinggakan ia dibiarkan kosong tanpa berpenghuni.
Disebabkan ia sudah lama ditinggalkan, ada pihak mendakwa ada ‘benda’ menumpang di bangunan tersebut malah ada individu pernah terlihat kelibat merayau-rayau di sekitar kawasan asrama itu.
“Jujurnya saya bukan percaya sangat perkara-perkara mistik dan pelik… Apabila senior bercerita saya cuma menganggap ia sekadar cubaan menakut-nakutkan kami.
Aman serik tidur di atas katil double decker selepas mengalami pengalaman ngeri….
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/04/01/blok-kosong-dijadikan-asrama-sementara-3-sekawan-demam-nampak-kelibat-misteri-buat-persembahan-pukul-1-pagi