PERNAH membaca kisah mistik di mana wujud entiti asing yang ‘menumpang’ di dalam gambar, wanita ini sama sekali tidak menyangka perkara sama turut dialami dirinya.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita tersebut turut berkongsi gambar memaparkan entiti misteri yang ‘menempel’ di bahagian belakangnya ketika dia sedang bersalaman dengan ibu tersayang.
“Dua tahun kemudian baru perasan… seram!” tulisnya pada perkongsian tersebut yang sehingga kini meraih lebih daripada 105,000 jumlah tontonan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasang CCTV nak monitor anak tapi benda lain pula muncul… Wanita sarat mengandung meremang tengok rakaman, awal pagi dah ada kelibat putih di ruang tamu
ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya jumpa kubur, selepas itu terserempak gadis menangis tepi highway… ramai kata berani sebab siap rakam! – “Terus pecut motor, tak pandang kiri kanan dah!”
Hanya mahu dikenali sebagai Azreen, wanita ini berkata gambar berkenaan diambil ketika dia sekeluarga menyambut Aidilfitri di rumah nenek dan datuknya di sebuah perkampungan di Merlimau, Melaka pada tahun 2014.
“Biasalah pagi raya sesi bersalaman. Dalam gambar tu, saya sedang bersalaman dengan mak. Tiada apa yang pelik…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/11/12/benda-apa-menumpang-dalam-gambar-raya-7-tahun-lepas-penjaga-rumah-pusaka-seram-sejuk-tengok-kelibat-rambut-panjang-di-belakangnya—saya-tak-tahu-edit