Batu granit dalam rumah Behar sampai terkeluar dari dinding,

DI SEBALIK rumah agam yang tersergam indah ini tersimpan satu rahsia dari masa lalu yang mampu membuatkan bulu roma meremang.

Kediaman dipercayai terletak di Sungai Penchala, Kuala Lumpur itu dikatakan mempunyai ruang misteri di dalamnya.

Pemilik rumah agam tersebut iaitu pelakon, Azhar Sulaiman atau senang disapa Behar dalam kalangan pengikutnya menceritakan tentang kewujudan bongkah batu granit ‘degil’ di ruang tamu kediamannya.

Dinding rumah ini menyembunyikan batu granit misteri di bawahnya.

Batu granit itu dikatakan tidak dapat dipecahkan atau dibawa keluar kononnya mempunyai ‘sakti’ ekoran pernah menjadi tempat pemujaan Orang Asli dan terpaksa dikekalkan walaupun setelah siap pembinaan rumahnya.

“Setiap orang yang pernah datang rumah Behar, mereka akan tanya kenapa bawah tangga ni ada ‘ruang’ macam ni. Nak cakap tempat stor tapi kenapa tinggi?

“Sebenarnya kalau korang nak tahu, bawah dinding ni ada batu granit yang tak dapat dipecahkan. Susah sangat nak pecah, memang misteri. Jadi ia ditutup dengan dinding,” kata Behar dalam satu video yang dikongsi.

Malah bongkahan batu granit itu dikatakan terlalu besar sehingga sebahagian daripadanya kelihatan tertonjol…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/08/03/batu-granit-dalam-rumah-behar-sampai-terkeluar-dari-dinding-rupanya-kebal-dan-keras-tak-boleh-dipecahkan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Benci suami tanpa sebab selepas sebulan nikah, 3 tahun

Next Post

Budak hostel degil cuba bongkar misteri aras 3 asrama,

Related Posts