TERLETAK di Tanjung Piandang, daerah Kerian di Perak, Ban Pecah merupakan antara destinasi popular untuk kaki pancing dan lokasi menarik untuk jurugambar perkahwinan kerana pemandangan lautnya yang cantik terutama pada waktu matahari terbenam.
Nama “Ban Pecah” dikaitkan dengan tragedi di mana “ban” atau kubu yang memisahkan laut dengan kawasan berpenduduk padat itu musnah.
ARTIKEL BERKAITAN: Kisah ikan tapah bukan sekadar rekaan… sumpahan keturunan Pak Kaduk tiada penghujung, penawarnya hanya satu!
Tiada makna khusus dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka atau kamus Bahasa Melayu, tetapi istilah “ban” dalam dialek negeri di utara ialah sempadan yang memisahkan sawah.
Tahukah anda tempat yang menjadi pilihan keluarga untuk berehat pada hujung minggu ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
“Sumpahan Ban Pecah” berkait antara unsur sejarah dan mitos malahan ia turut menimbulkan tanda tanya.
Sawah padi bertukar laut
Pantai unik ini menerima ramai pelancong hampir setiap hari. Menurut penduduk tempatan, kawasan tersebut merupakan kawasan penanaman padi yang subur sekitar tahun 1960-an.
Menurut penduduk setempat, sumpahan anak-anak yatim teraniaya menyebabkan sawah yang…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/12/09/bapa-saudara-makan-harta-anak-yatim-piatu-antara-benar-atau-mitos-kisah-ban-pecah-sawah-padi-bertukar-lautan-penuh-tragis