BAK kata orang-orang tua, sesiapa yang masuk ke dalam kawasan hutan mesti menjaga adab, pertuturan dan tingkah laku bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Seperti yang kita sedia maklum, hutan bukan sahaja menjadi tempat yang didiami makhluk atau unggas sebaliknya turut menjadi ‘habitat’ makhluk yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar manusia.
Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok perkongsian seorang pemuda mengenai kisah mistik yang dialaminya bersama beberapa rakannya ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang, Sagil, Tangkak yang terletak di Johor.
ARTIKEL BERKAITAN: Tengah ambil angin atas buaian, tiba-tiba ada ‘benda’ baling batu… wanita berani rekod video seorang diri – “Mereka kata nampak sesuatu dekat pokok sukun”
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah‘ buat FB Live menjelang Maghrib, sesi promosi kerepek dihentikan lebih awal… terus ‘lari‘ ke rumah mak – “Memang jelas nampak benda tu”
Menerusi perkongsian yang dibuat dalam tiga video berasingan, pemuda itu turut memuat naik gambar yang diambil ketika perkelahan di air terjun berkenaan yang menimbulkan tanda tanya, gara-gara ia ‘rosak’ teruk seperti petunjuk mengenai ‘kehadiran…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/07/15/asyik-berbalas-pantun-tiba-tiba-gambar-di-air-terjun-rosak-rupa-rupanya-ramai-yang-teman-mandi—ada-yang-demam-bau-setanggi-pukul-4-pagi