SUDAH seminggu bau busuk yang entah datang dari mana menusuk hidungnya sehinggakan membuatkan berada di dalam rumah sendiri berasa tidak selesa.
Paling menyeramkan kata Khairy Ariffin, 25, bau itu bertambah teruk pada tengah malam terutamanya apabila dia berada di dalam biliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiba senja ada sesuatu berlari di bumbung, mata ibu terbeliak sebelum menjerit ketakutan… seksa disihir keluarga sendiri kerana harta pusaka!
Jenuh dia memeriksa sekitar rumahnya, takut-takut ada bangkai haiwan yang mati tetapi tiada yang mencurigakan ditemui.
Khairy pernah melihat kelibat di tingkap bilik tidurnya.
“Masuk sahaja bilik tidur, akan terbau benda busuk, seperti bangkai haiwan. Jenuh saya periksa tetapi tidak jumpa apa-apa yang pelik.
“Tetapi bau itu datang dari satu arah yang sama iaitu dari tingkap bilik dan apabila tingkap dibuka untuk saya periksa, bau itu hilang pula,” katanya.
Khairy berkata, dia merasakan bau itu ada kena mengena dengan kejadian misteri yang berlaku di rumahnya.
Ini kerana beberapa hari sebelum itu, dia sering terlihat ada kelibat hitam yang samar-samar di sebalik langsir tingkap.
“Pada suatu malam, lebih kurang pukul 3 pagi, saya baru…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/03/17/asal-masuk-bilik-tidur-bau-bangkai-berderau-darah-terasa-kelibat-hitam-sentuh-bahu-pemuda-buntu-ada-sesuatu-mahu-039mendekatinya039