Arwah ibu larang mandi air terjun, bimbang disorok bunian…

“MAKANLAH… sedap ni pucuk ubi masak lemak dengan burung puyuh.”

Pelawa seorang wanita tua dengan bersungguh-sungguh apabila melihat Syakir hanya merenung hidangan di hadapannya.

Syakir masih kelihatan seperti keliru. Di fikirannya tak henti-henti berfikir bagaimana dia boleh berada di sebuah pondok buluh yang cantik buatannya itu.

Siapa gerangan wanita tua berpakaian ala jubah dengan kerudung serba putih di hadapannya pun dia tidak tahu.

“Makanlah cu… banyak kali cucu datang tapi tak sempat pun jamah. Cucu tetamu istimewa, tahu?” ulang wanita itu lagi.

Dalam keadaan serba keliru, Syakir tetap mencelup tangan kanannya ke dalam mangkuk kayu berisi air.

Baru hendak menyuap, tiba-tiba Syakir terdengar laungan yang begitu kuat sehingga hampir pecah gegendang telinganya.

Terus dia terjaga daripada tidur dan melihat rakan satu dorm, Malik, sedang duduk di birai katil.

“Kau mimpi apa, Syakir? Nak terkeluar anak tekak aku kejut… sampai laung azan tepi telinga baru kau buka mata!” kata Malik.

Pondok buluh di dalam mimpi Syakie terletak di dalam hutan. -Gambar hiasan

Syakir sendiri terkejut sebaik dia terjaga daripada tidur, namun dalam hatinya bersyukur kerana…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/09/14/arwah-ibu-larang-mandi-air-terjun-bimbang-disorok-bunian-bapa-tak-sangka-nenek-tua-muncul–tuntut-janji-selepas-10-tahun

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Doktor ‘on call’ tak sedap hati, gagang telefon

Related Posts