Anak tiba-tiba meraung ajak pulang, mengaku disepak lembaga

“ADIK tak mahu tidur hotel ni… adik nak balik, jomlah balik sekarang atau tidur dalam kereta! Adik benci gambar tu,” ujar kanak-kanak berusia 3 tahun sambil menunjukkan gambar dua sosok wanita yang sedang meniup seruling, tersergam indah di dinding bilik.

Sejak dari mula melangkah masuk ke bilik sebuah hotel di Perak, perangai Dani berubah aneh.

Malah ibunya, Nurul Asyikin, 31, terkejut apabila melihat anak lelaki keduanya itu tiba-tiba meracau dan meraung pada pukul 12.30 malam semasa mereka semua sedang tidur.

Bilik yang cantik mendorong Ekin menempah hotel berkenaan.

Walhal, dia dan suaminya tidak merasakan sesuatu yang seram atau pelik ketika melangkah masuk ke dalam bilik tersebut melainkan Dani yang terus menegur bingkai gambar tersebut.

Dani asyik mengajak mereka pulang dan keluar dari bilik yang ditempah sehingga sanggup tidur di dalam kereta.

Yang peliknya adalah, gangguan tersebut hanya terkena kepada Dani sahaja manakala kakaknya yang berusia 5 tahun boleh tidur lena sehingga ke pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan kembung seperti belon, air bisa bau hanyir meleleh apabila dipegang… Jururawat imbas saat urus mayat mangsa sihir

Lebih sejam juga keadaan…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/12/01/anak-tiba-tiba-meraung-ajak-pulang-mengaku-disepak-lembaga-dalam-gambar-tergantung-di-dinding-hotel

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Badan kembung seperti belon, air bisa bau hanyir meleleh

Next Post

[V] Jadi pelawat terakhir masuk rumah Mahsuri, bunyi budak

Related Posts