BULU roma siapa yang tak meremang apabila melihat buaian yang kosong tiba-tiba berhayun dengan sendirinya apatah lagi ketika itu tiada sesiapa pun di kawasan taman permainan.
Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda, Aiman Azmi yang secara tidak sengaja merakam kejadian aneh itu ketika membawa anak saudaranya bermain di taman permainan di kawasan tempat tinggal mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Pintu bilik tutup kemudian terbuka, kaki bagaikan diikat… Pekerja cuci rumah penginapan terkejut video dirakam keluar suara seram
Apa yang lebih menyeramkan cerita Aiman, 25, anak saudara kesayangannya itu, Ary Syakur Syafiq yang berusia 2 tahun tiba-tiba melarikan diri dengan wajah ketakutan apabila melihat buaian itu berhayun dengan sendirinya.
“Ketika kejadian kami baru sahaja sampai ke taman permainan itu dan kebiasaannya selagi tidak gelap, dia akan leka bermain dan tidak mahu balik.
“Tapi pada hari kejadian, dia tiba-tiba lari dengan wajah ketakutan tanpa memperdulikan saya,” katanya kepada mStar.
Sudah menjadi rutin Aiman akan membawa Ary ke tman permainan setiap petang.
Aiman sempat merakam kejadian dan memuat naik video berkenaan di laman TikTok miliknya.
Menceritakan…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2021/06/03/anak-kecil-2-tahun-tiba-tiba-berlari-ketakutan-bapa-saudara-sempat-rakam-video-nampak-buaian-berhayun-sendirian