Akibat tak mahu bersalaman dengan bukan mahram, wanita ini

GARA-GARA menolak jabat tangan yang dihulurkan, lebih 11 tahun Kak Melah menderita akibat disihir seorang pemilik sebuah kedai makan di Langkawi, Kedah.

Mengimbas kembali peristiwa yang meragut usia muda wanita terbabit, Awang mengakui dia sama sekali tidak menyangka kakak sepupunya itu akan diduga hingga keadaan fizikalnya tak ubah seperti ‘mayat bernyawa’.

Iyalah, baginya Kak Melah bukanlah gadis jelita bak bidadari yang sentiasa menjadi idaman para lelaki tetapi hanya seorang wanita yang kecil molek dan berkulit kuning langsat.

Namun dia tidak menafikan bahawa sepupunya itu seorang yang manis rupawan dan berperwatakan menarik serta ramah.

“Mungkin disebabkan keramahannya itu ia membuatkan lelaki tertarik serta selesa berdampingan dengannya.

“Kak Melah juga seorang yang ceria dan periang. Tak pernah nampak dia bermasam muka atau marah… jadi tak hairan apabila dia sangat disenangi rakan-rakan termasuk tauke kedai makan yang didakwa menyihirnya,” ujar Awang memulakan bicara.

Menurutnya, Kak Melah sering ke kedai makan tersebut kerana berada dekat dengan tempat kerja tambahan pula setiap menu yang dihidangkan tersangatlah sedap dan menepati selera walaupun kedai…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/06/30/akibat-tak-mahu-bersalaman-dengan-bukan-muhrim-wanita-ini-disihir-tauke-kedai-makan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terjaga dari tidur, doktor terkedu tengok 6 bantalnya atas

Next Post

Angkara nombor ekor, operator kilang gila selepas seru

Related Posts