“Yang tu aku punya, jangan ambil!” – Hantu kera pokok

KISAH yang berlaku puluhan tahun lalu masih segar dalam ingatan wanita ini.

Disebabkan peristiwa tersebut, dia mendapat parut ‘percuma’ di dahi.

Semuanya gara-gara hantu kera yang bergayut di pokok asam jawa milik rakan yang juga jirannya, Wati.

Kisah bermula di suatu petang apabila Mayang bersama rakannya Alin dan tiga adik rakannya itu ke rumah Wati.

“Sudah tiga hari Wati tidak ke sekolah, jadi kami berempat bercadang untuk menziarahinya.

“Setibanya di rumah Wati, kelihatan dia sedang bersantai di bawah pokok asam jawa yang sedang berbuah lebat. Rupanya Wati demam cacar air (chicken pox). Habis seluruh badannya ditumbuhi bintik-bintik berair,” cerita Mayang yang mempunyai deria keenam.

Wati melarang tetamunya itu menghampirinya kerana bimbang dijangkiti memandangkan adik-beradik dia turut mengalami demam yang sama.

Melihat buah asam jawa yang terjuntai-juntai, Mayang serta merta kecur liur lantas meminta keizinan Wati mengambil sedikit untuk dibuat colek.

Apabila keizinan diberi, mereka berempat terus memanjat pokok asam jawa yang sedang merimbun itu.

Sedang asyik Mayang mengutip buah asam jawa, tiba-tiba ada sesuatu menyapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor syif malam…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/12/29/yang-tu-aku-punya-jangan-ambil—hantu-kera-pokok-asam-jawa-berang-4-sekawan-terima-padah-badan-naik-cacar-air-dahi-berparut

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Doktor syif malam bercakap dengan makhluk ghaib persis

Next Post

Kenali tanda-tanda anda disihir, guru kongsi ‘amalan air

Related Posts