“Tak ada siapa, aku duduklah” – Mimpi makhluk huni bilik

KATA orang, mimpi hanyalah mainan tidur.

Namun melalui mimpi juga, ia kadangkala menghantar petanda atau peringatan kepada tuan badan.

Itulah yang dialami oleh Yuyu di mana dia bermimpi berinteraksi dengan seseorang yang tidak dikenali pada satu malam sehingga membuatkannya nekad bertindak selepas mendapat ‘petanda’.

“Dekat dapur rumah saya ada satu bilik… dulu tak guna. Tutup sahaja. Sampai satu malam tu saya bermimpi.

“Sedang lalu di dapur dan ada orang duduk dalam bilik itu. Dalam mimpi itu nampak katil dan baju-baju orang itu. Saya pun tegur ‘eh kemain duduk sini. Siapa bagi?’

“Dia jawab sambil marah. ‘Dah tak ada sesiapa duduk sini. Aku nak duduklah’. Lepas dia cakap begitu, terus terbangun tidur,” kongsinya.

Yuyu mendapat mimpi yang memaklumkan ada ‘benda’ menetap di bilik kosong di rumahnya. Gambar hiasan.

Menurut Yuyu, dia pada mulanya enggan mengambil pusing ataupun terlalu memikirkan mimpi aneh tersebut, sehinggalah dia berasa ‘meremang lain macam’ apabila melalui hadapan bilik kosong berkenaan sewaktu mahu ke dapur.

“Apahal pula rasa begini. Terus teringat mimpi. Mula-mula abaikan. Rasa perasaan saja kot. Tapi naik seminggu, rasa tak sedap (hati),”…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2022/08/18/tak-ada-siapa-aku-duduklah—mimpi-makhluk-huni-bilik-kosong-siap-bawa-kain-baju-ustaz-check-memang-betul-ada

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wanita misteri ajak berbual dalam tandas, tiba-tiba ikut

Next Post

“Tukar kain darah ke tu?” – Wanita baru lepas bersalin

Related Posts