“Rajin kau cuci pinggan malam-malam buta” – Disangka

TIDAK dapat dinafikan, mencuci pinggan kotor dalam sinki merupakan kerja paling malas dilakukan dalam banyak-banyak kerja di dapur.

Namun, ada sebab mengapa orang tua-tua dahulu marah sekiranya pinggan mangkuk kotor dan sisa makanan dibiarkan bersepah di atas meja atau sinki untuk tempoh yang lama.

Seorang lelaki berdepan situasi menyeramkan gara-gara sikapnya sendiri yang sering mengambil ringan tentang aspek kebersihan dapur.

Pengalaman ngeri itu berlaku terhadap Amir ketika dia berada di rumah sewa di Kajang Selangor, bersama seorang lagi rakannya, Haziq.

Amir dan Haziq memasak di dapur setelah pulang bermain futsal. -Gambar hiasan

“Malam tu saya baru pulang main futsal. Lepas saya dan Haziq makan, macam biasalah kami tinggalkan dapur bersepah. Periuk nasi, kuali dan semua pinggan digunakan kami biarkan saja.

“Selepas siap mandi dan solat Isyak kami terus sambung baring dekat ruang tamu tengok TV sampai tertidur. Tiba-tiba saya terjaga. Jam di dinding menunjukkan pukul 4 pagi.

“Saya tersedar malam tu sebab ada terdengar bunyi pinggan mangkuk. Mulanya, saya ingatkan Haziq tengah cuci pinggan sebab dekat ruang tamu tu ada saya seorang saja. Jadi saya pun…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/02/09/rajin-kau-cuci-pinggan-malam-malam-buta—disangka-kawan-kemas-dapur-jam-4-pagi-rupanya-pocong-habiskan-sisa-makanan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pindah dari Kelantan ke PJ, rumah sewa murah rupanya

Next Post

Entiti ‘booking’ e-hailing pukul 12 tengah malam di

Related Posts