“Kakak nampak opah, muka opah hitam!” – Cucu meracau

SELEPAS ibu meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu, rumah arwah di Temerloh, Pahang terbiar tanpa dihuni sesiapa.

Atas nasihat ahli keluarga yang lain, Johan membawa anak-anak dan isterinya pulang menziarahi rumah pusaka arwah ibunya itu pada cuti persekolahan Ogos lalu.

Mengikut rancangan asal, Johan mahu menetap di sana selama empat hari bagi membersihkan segala semak-samun, namun mereka hanya mampu bertahan satu malam sahaja.

Ketika senja mulai berlabuh pada hari pertama mereka di sana, Johan bersama anak-anak dan isteri memilih untuk berehat dan hanya akan memulakan pembersihan pada esoknya.

Secara tiba-tiba, mereka terdengar bunyi ayam yang berkokok tidak henti-henti, seperti diganggu sesuatu.

Kelibat wanita tua biasanya dikaitkan dengan hantu nenek kebayan. -Gambar hiasan

“Eh sejak bila pula ada ayam? Bukan ke semua ayam tu dah disembelih selepas arwah mak abang meninggal?” tanya Marlia kepada suaminya yang sedang berehat di atas sofa.

Anak-anak mereka iaitu Marini, Fikri dan Fathul mula berpandangan antara satu sama lain dan berpelukan sesama sendiri.

“Mungkin ayam-ayam jiran kena kejar dengan musang,” jawab Johan ringkas kepada isterinya.

Lima minit…

Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/10/12/kakak-nampak-opah-muka-opah-hitam—cucu-meracau-lepas-waktu-maghrib-bapa-tersuluh-kelibat-perempuan-tua-belakang-rumah

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Baju nikah, rumah penuh calitan minyak dagu! Wanita derita

Next Post

Guru sakit teruk, hilang semangat mengajar rupanya disihir!

Related Posts