SEMPENA cuti semester kali ini, Amin dan beberapa rakannya memilih untuk terus menetap di kampus.
Walaupun sibuk menyiapkan projek tahun akhir, mereka juga merancang untuk pergi berkhemah di sebuah kawasan air terjun di Kelantan.
Nak ‘healing’ (tenangkan jiwa) katanya!
Selain Amin, Farid, Mirul dan Zubir turut mengikuti aktiviti itu yang mana mereka berempat bermalam di dalam hutan selama tiga hari.
Sejak hari pertama perkhemahan itu, Amin berasa kurang senang dengan sikap Zubir yang suka bercakap perkara yang bukan-bukan.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ketika berkhemah dalam hutan. -Gambar hiasan Facebook
“Kalau jumpa hantu, boleh la kita minta nombor ekor,” ujar Zubir berseloroh ketika mereka sama-sama melepak di tepi kawasan air terjun.
Bukan sekali, sebaliknya sudah banyak kali Zubir bergurau seolah-olah mengundang kehadiran makhluk lain sehingga Mirul terpaksa menegur sikap celuparnya.
“Kita dalam hutan kot, bukannya di kampus. Kau jangan la cakap bukan-bukan. Lepas tu, dari semalam aku nampak kau kencing merata. Kau ingat-ingat sikit,” pesan Amin sambil diperhatikan rakan-rakannya.
Di sebalik teguran itu, mereka masih meneruskan aktviti perkhemahan…
Untuk artikel penuh, layari https://www.mstar.com.my/xpose/mistik/2023/06/01/healing-bertukar-tragedi-gara-gara-tak-jaga-mulut-pelajar-kolej-meraung-disergah-makhluk-aneh-merangkak-terbalik-ketika-berkhemah